Salam semua pengunjung blog yang dikasihi… Actually saya masak nasi
ayam ipoh untuk hidangan tengahari hujung minggu.. tapi kerana sibuk,
saya postkan entri ni agak lewat sikit… Kali ni saya cuba resepi Nasi
Ayam Ipoh dari blog Kak Nor, secubit garam… saya belum pernah cuba lagi
masak nasi ayam Ipoh ni… Ni first time… tapi tak banyak beza gak dengan
nasi ayam yang saya biasa masak…. cuma nasinya di bubuh sos tiram dan
minyak bijan… Not badlah rasa dia… sedap gak!! Ayamnya pula biasanya
saya grilll atau bakar tapi kali ni saya try yg goreng pula…. Anyway
thanks Kak nor share resepi ni… nasi Ayam ni my famili favorite… dan
sentiasa menjadi pilihan utama untuk hidangan dihujung minggu!!!
Resepi Nasi Ayam Ipoh ( sumber : Dapur Kak Nor, Secubit Garam )
Bahan Utk Nasi:
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu – sy tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam
periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan
tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup)
masukkan semua bahan…kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup
periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar
ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair,
kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian
masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos
tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit
garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan
biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar
dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama…agak2 kaler dia dah
bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk
lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan
air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun,
tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di
masukkan kedalam sup tadi.
No comments:
Post a Comment