Sunday 15 April 2012

NASI AYAM MADU












Resepi Dari Blog: Masam Manis - http://fromintankitchen.blogspot.com










Kepada yg nak mencuba boleh cuba! ayam madu ni pon sedap! ayam ni boleh di bakar dan boleh di goreng ikut suka kita dan ita memilih untuk mengoreng. Ita tambahkan sikit sos lada hitam semasa memerap ayam tu.. nak bagi rasa black paper sikit. Jadi tak payah lah ita boh lada sulah...

Resepi yg di titipkan ni untuk keluarga yg tak ramai atau untuk makan berdua lah kan senang cakap... kalau keluarga kita besar gandakan lah bahannya.
Jom lah kita masuk dapur kita intai2 resepi dari Nadia yg sedap ni! cuba jangan tak cuba!

Mula2 kita buat Sup ayam dulu. Sebab nanti kita akan gunakan sup ni untuk tanak nasi.

NASI AYAM MADU
by: Nadia


SUP AYAM

1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega

Panaskan mentega, Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan halia dan air, biarhingga air didih. Masukkan kiub ayam dan sup bunjut. kacau rata kemudian masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. Masak hingga ayam masak dan empuk.

Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup asingkan untuk menanak nasik.
Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.

Ok sekarang kita buat sediakan ayam pula. Ayam ni kita buat dulu sebab kita nak perap sekejap. nanti bila nasi dah masak baru kita goreng ayam ni. makan panas2 baru kaw!


AYAM MADU

Ayam yg telah di rebus tadi.
2 sudu besar Kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - ita tambah
1/2 sudu serbuk lada putih - ita tak letak sebab dah bubuh sos lada hitam

Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi. Perap sekejap.

Sementara kita perap ayam kita sediakan nasi dia pula
Bila nasik dah hampir masak baru lah kita goreng ayam ni dengan minyak yg banyak.


NASI AYAM

2 cawan beras - suci bersih dan toskan
sehelai daun pandan

Masukkan beras kedalam periuk nasi, letakkan daun pandan yg telah di simpul.
Tuangkan 2 1/2 cawan air sup tadi atau secukup untuk menanak nasi. Masak nasi seperti biasa.

BAHAN HIASAN

daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad
timun
Tomato

SOS KICAP

2 ulas bawang putih - dihiris
kicap manis atau kicap masin secukupnya
sedikit sup ayam
garam atau gula. (jika kicap masin buh gula aje. kalau kicap manis boh garam sikit)
cili api di hiris - ikut kepedasan kalau suka pedas boh lah lebih2

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, pas tu masukkan kicap dan sedikit air sup masak hingga didih. Pas tu masukkan cili dan garam atau gula. Siap di nikmati bersama Nasi Ayam Madu tadi.

You might also like:

No comments:

Post a Comment