Friday, 20 April 2012

NASI AYAM PERCIK





Bahan2nya utk perap

1/2 ekor ayam, bawang besar, halia, serai (dimesin halus)
jintan manis, jintan putih

Cara2nya

· Perapkan ayam + adunan no 1 selama lebih kurang 10 minit.
· Selepas itu kukus sekejap ayam tersebut supaya ia lembut sikit dan biarkan perasa menyerap ke dlm isi ayam dan cepat masak apabila dibakar
· Bakar ayam sehingga garing kekuningan dan salutkan kuah percik.
· Bakar. Salutkan kedua kali ayam dengan kuah percik. Bakar lagi.
· Hidangkan sewaktu panas.

Kuah percik

Bawang besar,bawang putih- (lebih kan bawang besar) di mesin halushalia, lengkuas (lebihkan lengkuas dari halia) - dimesin halusjintan manis, jintan putih - di mesin halusserai - di ketukcili boh / cili kering (yg telah dimesin halus) - terpulang kepada kepedasan yg diinginiAir asam jawaSantan secukupnyasedikit tepung beras (utk memekatkan kuah)Garam, gula

Cara2 membuat kuah percik

· Tumiskan bawang dan halia sehingga berbau wangi
· Tambahkan cili boh/cili kering sehingga pecah minyak. Campurkan gula sedikit.
· Masukkan serai yg telah diketuk (serai terpulang samada nak dimesin bersama dengan halia tadi)
· Tambahkan jintan manis/jintan putih.. biarkan sampai pecah minyak
· Masukkan santan dan kacau supaya tidak berbuku.
· Apabila kuah telah menggelegak tambahkan air asam jawa dan kacau rata. tambahkan garam secukup rasa dan jugak ajinomoto.
· tambahkan tepung beras yg dicampurkan dengan sedikit air utk memekatkan kuah

No comments:

Post a Comment